suria

Mengadu sakit perut, mual... Gadis 23 tahun maut selepas telan 11 biji pil gugur kandungan

Seorang gadis maut beberapa hari selepas mengambil pil gugur kandungan. - gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 23 tahun di wilayah Bengkulu, Indonesia meninggal dunia selepas beberapa hari mengadu sakit perut dan mual.

Berasa pelik dengan kematian itu, keluarganya kemudian membuat laporan polis.

Pihak polis mengenal pasti tiga suspek kerana terlibat dalam pengguguran kandungan yang menyebabkan gadis berkenaan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara nak cegah hamil, lelaki maut selepas gam kemaluan

Ketua Polis Kepahiang, AKBP Suparman melalui Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang, Doni Juniansyah berkata, salah seorang suspek merupakan teman lelaki mangsa berusia 27 tahun.

"Teman lelaki mangsa meminta bantuan daripada dua suspek yang merupakan pekerja hospital bagi mendapatkan pil pengguguran.

"Salah seorang suspek membuat preskripsi palsu untuk mendapatkan pil gugur kandungan di farmasi," kata Doni pada Jumaat.

Doni berkata, mangsa dua kali mengambil dua pil keguguran dalam jumlah yang banyak sehinggga memberi kesan.

"Pertama kali mangsa mengambil lima biji pil tetapi janin tidak jatuh, selepas seminggu mangsa mengambil enam biji pula," katanya sambil menambah mangsa kemudian meninggal dunia selepas beberapa hari dikejarkan ke hospital.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan polis untuk siasatan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain