suria

Penuh kenderaan berperisai... Pengguna Google Maps terkejut temui imej satelit pangkalan tentera Rusia

Imej satelit yang didakwa sebagai pangkalan tentera Rusia yang dikongsi di internet.

PENGGUNA Google Maps terkejut selepas menemui imej satelit bertarikh 2022, memaparkan pemandangan pangkalan tentera Rusia yang 'penuh dengan kenderaan berperisai' yang dipercayai berhubung kait dengan pencerobohan terhadap Ukraine.

Seorang pengguna Reddit, u/Prunestand menyiarkan tangkapan skrin imej kawasan penempatan tentera Kamensk-Shakhtynsky yang terletak di Rostov, di sempadan Ukraine.

Rata-rata pelayar forum mendakwa ia adalah 'pemandangan yang mengerikan' sejak pencerobohan yang berlaku pada 24 Februari lalu, yang mencetuskan perang Rusia-Ukraine.

"Kawasan penempatan tentera Kamensk-Shakhtynsky seperti yang dilihat pada Google Maps (2022).

"Pangkalan tentera benar-benar penuh dengan kenderaan berperisai yang bersedia untuk ditempatkan ke Ukraine," demikian kapsyen pada perkongsian imej tersebut.

Warganet membanjiri ruangan komen dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut terhadap cara Presiden Rusia, Vladimir Putin yang merancang secara strategik serangannya selama bertahun-tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain