suria

Doktor keluarkan lebih sedozen ulat kecil dari mata lelaki selepas mengadu gatal

Lelaki itu mengadu mengalami kegatalan pada matanya, sebelum mendapatkan rawatan doktor.

DOKTOR di Perancis terpaksa mengeluarkan lebih sedozen ulat kecil daripada mata seorang lelaki dengan menggunakan forsep.

Semuanya bermula apabila lelaki berusia 53 tahun itu, yang bekerja berhampiran ladang biri-biri, merasakan sesuatu terbang dan masuk ke dalam matanya.

Dia kemudian mengalami rasa gatal pada mata sebelah kanan, sebelum bergegas mendapatkan rawatan.

Doktor kemudian mendapati larva lalat, yang biasa hinggap pada biri-biri, 'bertelur' pada permukaan matanya, sebelum bertindak mengeluarkan parasit tersebut.

Lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya mengalami ophthalmomyiasis luaran, bermakna larva lalat tersebut tidak masuk ke dalam bola mata.

Kebiasaannya, parasit itu tinggal di lubang hidung biri-biri dan kambing. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain