suria

Influencer dikecam minta makanan percuma, guna alasan nak bantu promosi restoran

Netizen mengecam Jasmine yang dianggap tidak sensitif dengan nasib pengusaha restoran selepas kerugian akibat pandemik Covid-19.

SEORANG influencer dikecam netizen kerana cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan makanan percuma.

Jasmine Rollason yang memiliki 36,000 pengikut menawarkan khidmat promosi untuk sebuah restoran, baru-baru ini.

Sebagai syarat, restoran itu perlu memberikan makanan percuma untuk dia membuat ulasan dan promosi di media sosial.

Tangkap layar mesej gadis itu tersebar selepas ia dikongsi ke media sosial oleh seorang pengkritik makanan, John Lethlean.

John Lethlean sememangnya terkenal kerana sudah banyak kali membongkarkan sikap buruk influencer di negaranya.

Rata-rata netizen mengecam Jasmine yang dianggap tidak sensitif dengan nasib pengusaha restoran selepas kerugian akibat pandemik Covid-19.

"Bayar saja harga makan malam kami, kemudian tinggalkan ulasan macam orang lain.

"Siapa nak tolong siapa sebenarnya?" tulis beberapa netizen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain