suria

Lelaki bersanding dengan 2 pengantin perempuan, MUA akhirnya dedah kisah sebenar

Netizen tertanya-tanya mengenai status sebenar mereka, tak kurang juga yang membuat spekulasi mengenai poligami.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki bersanding di atas pelamin bersama dua pengantin perempuan tular menerusi media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 15 saat itu, wajah kedua-dua pengantin perempuan kelihatan tidak ceria.

Malah, pengantin perempuan yang memakai gaun coklat dilihat duduk di sisi sambil memandang ke arah pengantin lelaki dengan pasangannya yang memakai gaun berwarna biru.

Video perkahwinan itu meraih 1.5 juta tontonan di TikTok.

Malah, rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai status sebenar mereka, tak kurang juga yang membuat spekulasi mengenai poligami.

Menurut Dewi, jurumekap (MUA) yang memuat naik video, seorang lagi perempuan yang berada di atas pelamin merupakan anak saudara kepada pengantin lelaki.

Jawapan itu sekaligus menamatkan spekulasi mengenai dakwaan lelaki berkenaan memiliki dua isteri.

“Yang guna adat Padang ni sebenarnya anak saudara lelakinya, bukan isterinya,” kata pemilik akaun TikTok @dewikpelangimake_up.

"Isteri pengantin lelaki yang sah adalah wanita yang memakai gaun biru," ujarnya lagi.. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain