SEORANG wanita mengalami kecederaan parah selepas dibelasah bekas teman lelakinya hanya kerana dia menegur sikap lelaki tersebut. Mengimbau kenangan pahit yang dilaluinya itu, Jordana Rutherford dari Scotland berkata, kejadian pada November 2019 berlaku semasa dia baru berusia 17 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris maut dibelasah teman lelaki, gadis ini alami retak tengkorak dan cacat kekal ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diserang kekasih sendiri kerana mengaku tak minat Cristiano Ronaldo Ujar wanita berusia 20 tahun itu, bekas teman lelaki William Weir memukulnya dengan teruk sehingga tidak sedarkan diri. "Akibat daripada itu, saya kini sering ketakutan (panic attacks) dan pernah cuba membunuh diri bagi melupakan kejadian yang menakutkan itu," katanya sambil menyatakan pada masa itu dia ingin memutuskan hubungan selepas melihat bekas teman lelaki mencium wanita lain. Keadaan luka yang dialami Jordana. Ceritanya lagi, Weir tiba-tiba bertindak agresif selepas mendengar ungkapan tersebut dan memukul dia dengan objek keras di kepala. "Disebabkan hentakan itu, saya menjadi tidak sedar. Jadi saya tidak tahu apa lagi yang dia lakukan sehingga badan saya berlumuran darah," ujarnya. Tambah Jordana, peristiwa yang berlaku itu bukan hanya merosakkan fizikalnya malah memberi kesan kepada kesihatan mentalnya juga. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI