suria

Pelajar undang-undang maut selepas makan gula-gula ganja

Wumi sentiasa menjaga Damilola sejak dia dimasukkan ke hospital pada Selasa.

SEORANG ibu dirundung sedih apabila anak tunggalnya meninggal dunia selepas mencuba gula-gula ganja yang diperoleh Selasa lalu.

Difahamkan, gula-gula getah itu dibeli melalui pesanan mesej dan ia dihantar ke rumahnya di Ilford, London.

ARTIKEL BERKAITAN: Mike Tyson jual 'ganja' berbentuk telinga sebagai simbolik gigitan Evander Holyfield

ARTIKEL BERKAITAN: Kinder Surprise: Lebih 40 kanak-kanak bawah lima tahun dijangkiti salmonella

Malah gadis berusia 23 tahun itu dikatakan jatuh sakit sejurus memakan sebutir gula-gula getah berkenaan.

Dia kemudian disahkan meninggal duni pada Sabtu lepas di hospital.

Gula-gula getah ganja mengakibatkan Damilola maut. - Gambar hiasan

Gula-gula getah ganja mengakibatkan Damilola maut. - Gambar hiasan

Menurut pasukan penyiasat, Damilola Olakanmi mengambil makanan ringan itu bersama rakannya yang berusia 21 tahun sebelum kedua-duanya jatuh sakit dan dibawa ke unit kecemasan untuk rawatan.

Damilola membeli gula-gula getah menerusi pesanan mesej.

Damilola membeli gula-gula getah menerusi pesanan mesej.

Bagaimanapun, katanya, rakan libat dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Terdahulu, ibu Damilola yang dikenali sebagai Wumi sentiasa berada di sisi dan menjaganya sehingga dia disahkan meninggal dunia. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain