suria

Derita sakit perut terjawab... lelaki terpaksa dibedah keluarkan gelas, apa kata hospital memang mengejutkan!

Seorang lelaki mengalami sakit perut selama tiga bulan. - gambar hiasan

SAKIT perut yang dialami oleh seorang penduduk di Kampung Sidomulyo di wilayah Jember, Indonesia sejak tiga bulan lalu akhirnya terjawab.

Hasil pemeriksaan menemui sebii gelas ditemui di dalam perut Nur Lasidi berusia 33 tahun.

Lelaki itu menjalani pemeriksaan X-ray di Hospital Balung pada 28 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris maut gara-gara masukkan belut dalam dubur untuk rawat sembelit

Dia kemudian melakukan pembedahan keesokan hari.

Ketika itu, kedudukan gelas tersebut berada di bahagian rektum atau dubur.

Pihak hospital mengesyaki gelas tersebut sengaja dimasukkan melalui dubur.

Kes itu dikatakan seperti insiden seorang penduduk kampung Kilensari di Situbondo apabila ditemui banyak benda logam dan bukan logam di dalam ususnya.

Dalam kejadian pada 2017, antara yang ditemui di dalam perut seorang lelaki adalah 12 batang mancis, duit syiling dan pemegang sudu dan garpu.

Pembedahan kemudian dilakukan bagi mengeluarkan barang-barang tersebut dari perutnya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain