suria

Hubungi polis kerana risau tersilap beli dadah palsu, lelaki tak sengaja ‘jerat diri’ akhirnya ditangkap

Colucci ditahan dan didakwa atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

SEORANG lelaki dari Florida menghubungi polis dan membuat permintaan yang sangat tidak masuk akal.

Thomas Eugene Colucci berkata, dia ragu-ragu dengan dadah yang dibelinya, pada Mac lalu.

Sehubungan itu, dia menelefon polis agar mereka membuat semakan mengenai keaslian dadah tersebut.

Lelaki berusia 41 tahun itu menghubungi talian 911 dan memaklumkan dia membeli dadah di sebuah bar.

Ujarnya, dia tidak khayal selepas menggunakan dadah itu, sekaligus ragu-ragu jika ia tidak asli.

Ketika polis datang ke lokasinya, dia menyerahkan dua beg kecil berisi bahan terlarang itu.

Tambah lelaki itu lagi, dia mahu polis mengambil tindakan ke atas individu yang menjual dadah palsu.

Selepas polis mengesahkan bahan terlarang itu, Colucci turut ditahan dan didakwa atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan pada 11 Mac lalu selepas membayar wang jaminan sebanyak A$7,000 (RM29,550).

Kejadian itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi balai polis Hernando County Sheriff's Office. - Ladbible.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain