suria

Kanak-kanak 9 tahun tulis surat kepada ibu yang terkorban dalam konflik Rusia-Ukraine

Kanak-kanak perempuan 9 tahun meluahkan isi hatinya menerusi surat.

SEORANG kanak-kanak perempuan Ukraine, 9, berjanji untuk berbuat baik supaya dia dapat bertemu ibunya di syurga selepas wanita itu terbunuh dalam pencerobohan Rusia baru-baru ini.

Menerusi surat kepada mendiang ibunya, Galia turut mengucapkan terima kasih atas 'sembilan tahun terbaik dalam hidupnya'.

ARTIKEL BERKAITAN: Temui bilik rahsia, wanita terkejut ratusan surat cinta penuh kotak

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tulis surat ajak abang curi-curi jumpa belakang sekolah, lepas rindu lama terpisah... Momen usap kepala bikin ramai tersentuh

"Saya sangat berterima kasih untuk zaman kanak-kanak saya, awak adalah ibu terbaik di dunia. Saya tidak akan lupakan.

"Saya mahu awak bahagia di langit. Saya doakan awak masuk syurga dan kita bertemu di sana. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi baik supaya dapat pergi ke syurga juga. Cium awak, Galiya," coretnya.

Surat untuk ibunya yang terkorban dalam pencerobohan Rusia.

Surat untuk ibunya yang terkorban dalam pencerobohan Rusia.

Tambahnya, surat yang ditulis itu adalah hadiah sempena tanggal 8 Mac.

Surat tersebut didedahkan bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko di laman Twitter rasminya.

Terdahulu, tragedi yang berlaku di Borodyanka dikatakan 'lebih mengerikan' berbanding Bucha. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain