suria

Kejam! Wanita Ukraine didakwa dirogol berulang kali sebelum leher dikelar tentera Rusia

Tetiana dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.

TENTERA Rusia didakwa menculik seorang ibu warga Ukraine dari rumahnya dan merogolnya berulang kali sebelum mengelar leher mangsa.

Tetiana Zadorozhniak dilaporkan diculik oleh anggota batalion yang diketuai Ramzan Kadyrov ketika dia sedang bersiap sedia untuk mengosongkan rumahnya di Makariv, Kyiv.

Ramzan Kadyrov iaitu Ketua Republik Chechnya, merupakan pemimpin pro-Rusia yang berjuang untuk negara itu dalam perang dengan Ukraine.

Difahamkan, Tetiana kemudian dibawa ke sebuah rumah berhampiran di mana dia dijadikan tawanan selama beberapa hari sebelum diperlakukan dengan kejam.

Bukan sahaja dirogol, leher Tetiana turut dikelar dan mayat mangsa dikebumikan di laman belakang rumah berkenaan sekitar 15 Mac lalu.

Askar yang membunuh mangsa dilaporkan telah dibunuh oleh tentera Rusia.

Sebuah video yang tular menunjukkan cadar berlumuran darah di dalam rumah yang ditinggalkan oleh askar Chechnya, lokasi di mana mangsa dirogol dan dibunuh.

Laporan daripada jiran mengatakan mereka tidak berdaya untuk membantu Tetiana kerana turut ditahan dan diugut akan ditembak sekiranya meninggalkan rumah masing-masing. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain