suria

Pilot wanita sanggup sertai misi selamatkan pelajar dari negara bergolak

Karla bangga dengan tindakannya. Foto @keepem.flying787

SANGGUP menyertai Operasi Gangga.

Pilot Air India Kapten Shivani Kalra dipuji kerana keberaniannya menempuh kawasan bergolak di Ukraine demi membantu mengeluarkan pelajar India dari sana.

Malah panggilan operasi dibuat ketika dia dan keluarga sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Wanita Ukraine didakwa dirogol berulang kali sebelum leher dikelar tentera Rusia

Berkongsi pengalaman di Instagram miliknya, Kalra berkata, pasukannya tiba di destinasi di mana pelajar sedang menanti kedatangan mereka.

"Muka ketakutan mereka kembali tersenyum. Kami mengambil dan memastikan mereka sampai ke rumah dengan selamat.

"Pada hari tersebut, seramai 249 pelajar India dibawa keluar dari Budapest, Rom.

"Apabila kami tiba di Delhi, semua orang yang hadir menepuk tangan dan keluarga menyambut saya dengan gembira. Saya rasa bersemangat dan bangga.

"Keluarga saya paling kuat bersorak dan menyatakan 'shabash' (tahniah)," ujarnya.

Tambah beliau, penerbangan seterusnya adalah ke Bucharest di Hungary. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain