suria

Alami kecederaan aneh ketika onani, lelaki ini terpaksa masuk hospital 4 hari

Mangsa dirawat di Hospital Cantonal di Winterthur selama empat hari. Foto: Getty Images/iStockphoto.

SEORANG lelaki berusia 20 tahun di Switzerland dimasukkan ke hospital selama empat hari selepas dia mengalami 'kecederaan aneh' ketika beronani.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu datang ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika beronani di kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz manusia

Ketika tiba di hospital, wajahnya secara tiba-tiba menjadi bengkak.

Lebih aneh, kedengaran bunyi-bunyi berdenyut datang dari leher hingga ke lengannya.

Menurut jurnal perubatan, Radiology Case Reports, dia mengalami kecederaan paru-paru yang jarang berlaku, biasanya disebabkan oleh senaman yang ekstrem atau batuk yang ganas.

Akhirnya, dia terpaksa dirawat di Hospital Cantonal di Winterthur selama empat hari.

Menurut diagnos oleh doktor, dia menghidap pneumomediastinum 'spontan' (SPM), iaitu apabila udara telah keluar dari paru-parunya dan ia tersangkut di tulang rusuknya.

Kes 'luar biasa' itu dipercayai yang pertama berpunca daripada onani kerana doktor berkata: “Faktor predisposisi ialah sejarah merokok, asma akut dan penggunaan dadah rekreasi (terutama kokain dan heroin).

"Hanya terdapat beberapa laporan mengenai SPM berkaitan aktiviti seksual dan kami tidak menemui sebarang kes yang berkaitan dengan autoerotik, yang menjadikan kes kami luar biasa.

"Tetapi pesakit itu menafikan mengambil dadah atau merokok dan mengesahkan dia tidak menyertai sebarang senaman berat, atau mengalami batuk sebelum kecederaan," ujar doktor yang merawat kes itu.

Dia dibenarkan discaj pada hari keempat. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain