suria

Teruja nak balik rumah makan KFC, budak 4 tahun maut kemalangan

Agarwin maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. foto SWNS

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dilanggar kereta selepas teruja untuk pulang ke rumah bagi menikmati hidangan KFC.

Dalam kejadian itu, mangsa terlepas dari jagaan ibunya dan berlari ke jalan raya kerana terlalu teruja untuk pulang ke rumah.

Kemalangan tragis itu berlaku ketika mangsa, Agarwin Sasikaran bersama ibunya dan adik lelakinya berusia enam tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 5 tahun maut dilanggar peluncur salji

Penolong koroner Ivor Collett berkata: "Satu famili yang keluar untuk membeli KFC dan membawanya pulang berakhir dengan insiden tragis."

Kematian mangsa diberitahu menerusi satu inkues di mahkamah.

Insiden berlaku di Hayes, London di United Kingdom, pada kira-kira pukul 7 malam, 11 Oktober 2020.

Agarwin yang berasal dari Sri Lanka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa dirawat di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.

Kanak-kanak itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia keesokan hari.

Inkues di Mahkamah Koroner London membuat kesimpulan bahawa kematian Agarwin disebabkan oleh kecederaan otak traumatik yang teruk akibat kemalangan itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain