suria

Lupa tutup api dapur ketika masak lauk sahur, tuan rumah pasrah rumah terbakar menjelang Aidilfitri

12 anggota dan dua jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran. Foto: Edi Wahyono/det.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah gambarannya mengenai nasib seorang individu apabila rumahnya musnah dijilat api pada awal pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Terbakar Ketika 12 Keluarga Berbuka Puasa

Menerusi kejadian di Tigaraksa, Kabupaten Tangerang, Indonesia, kebakaran bermula apabila pemilik rumah terlupa menutup api dapur ketika memasak untuk bersahur.

Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD Kabupaten Tangerang, Abdul Munir berkata, kebakaran bermula sekitar pukul tiga pagi.

Jelasnya, kebakaran bermula dari dapur selepas pemilik terlupa memadamkan api dapur.

Selepas menerima laporan, pihaknya segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Seramai 12 anggota dan dua jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran.

Api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian. - Detik.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain