suria

Lebih 50 kali diperkosa ayah tiri di rumah, mangsa akhirnya buat laporan polis

Suspek ditahan selepas laporan polis dibuat anak tirinya. - Gambar hiasan

LEBIH 50 kali diperkosa ayah tiri dalam tempoh lima tahun.

Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas meminta bantuan abang kandungnya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Wanita 87 tahun terlantar di katil dirogol

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol isteri rakan sarat mengandung, lelaki dipenjara 15 tahun

Menurut Ketua Polis Kapuas Hulu France Yohanes Siregar, susulan laporan yang dibuat, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai JN di Kampung Boyan Tanjung Kapuas Hulu Kalimantan Barat.

"JN sudah ditangkap dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut," katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, didapati pelaku memperkosa anak tirinya sejak 2017 ketika umur mangsa 14 tahun sehingga kini.

Malah katanya, dalam tempoh lima tahun, kebanyakan kejadian berlaku di rumah mereka.

"Disebabkan tidak tahan dengan perlakuan bapa tirinya itu, mangsa mengadu kepada abang kandungnya yang kemudian membawanya untuk membuat laporan polis.

"Pelaku akan disiasat di bawah Fasal 81 Ayat 3 Undang-Undang Perlindungan Anak yang membolehkannya dipenjara sehingga 15 tahun dan denda Rp5 juta," jelasnya. - Komas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain