suria

Pertemuan keluarga bertukar jadi tragedi berdarah, dua beradik parah ditikam teman lelaki kakak

Pasukan polis dan paramedik dikejarkan ke lokasi dua beradik itu ditikam.

PERTEMUAN sebuah keluarga bagi membincangkan urusan pengebumian si bapa bertukar menjadi 'pertemuan ngeri' selepas dua beradik menjadi mangsa tikaman.

Mark Hooper ditikam di bahagian belakang dan leher, manakala abangnya Jason ditikam di perut.

Pasangan itu ditikam oleh pasangan kakak mereka, Kevin Simmons, yang berusia 61 tahun.

Kejadian berlaku di rumah ibu mereka di Torquay, Devon, pada 31 Oktober tahun lalu, mahkamah diberitahu.

Seorang juri di Mahkamah Exeter Crown telah memainkan rakaman dari rumah jiran yang menunjukkan Simmons berlari ke jalan untuk bersemuka dengan dua beradik tersebut.

Dalam rakaman yang ditunjukkan di mahkamah, Mark Hooper boleh dilihat hampir rebah selepas ditikam tiga kali, manakala abangnya ditikam sekali selepas menumbuk muka Simmons.

Simmons mengakui mencederakan kedua-dua mangsa tetapi menafikan mempunyai sebarang niat untuk mencederakan mereka.

Dia mendakwa dua beradik itu telah menyerang pasangannya dan dia hanya bertindak balas. Perbicaraan kes diteruskan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain