suria

Berpuluh-puluh hidupan laut aneh terdampar di pantai Australia

Hidupan yang dikenali sebagai naga rumpai laut terdampar di pantai.

BERPULUH-PULUH hidupan laut aneh terdampar di pantai Australia berikutan hujan berterusan yang dicatatkan selama beberapa minggu.

Gambar-gambar kehadiran luar biasa hidupan laut berkenaan dirakam muncul di pinggir pantai di New South Wales.

Hidupan yang dikenali sebagai naga rumpai laut dikesan di Cronulla, Malabar dan Pantai Tengah dan kehadiran jumlahnya kali ini dianggap 10 kali berbanding kebiasaan untuk terdampar di pantai.

Dr David Booth, profesor ekologi marin di Universiti Teknologi Sydney memberitahu Sydney Morning Herald: "Jelas sekali ia adalah hasil daripada beberapa kombinasi iaitu cuaca yang mengejutkan, bahan pencemar yang dihanyutkan ke lautan dan ombak besar."

Hidupan tersebut sangat popular dalam kalangan penyelam kerana warnanya menarik seperti kuning dan ungu.

Pertumbuhan hidupan ini boleh mencapai sehingga 45 sentimeter panjang dan biasanya 'menetap' di antara terumbu karang.

Spesies itu pernah disenaraikan sebagai 'spesies terancam' dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain