suria

Terdampar 17 hari tanpa makanan di pulau tak berpenghuni, nota dalam botol akhirnya selamatkan 6 kelasi

Nota yang diselit di dalam botol akhirnya menyelamatkan sekumpulan enam kelasi berkenaan.

SEKUMPULAN kelasi terperangkap di sebuah pulau tidak berpenghuni selama 17 hari, selepas kapal mereka dilaporkan terbakar.

Nasib mereka tidak diketahui sehinggalah seorang nelayan menemui nota yang ditulis dan dimasukkan ke dalam botol.

Enam kelasi itu terdampar di Pulau Ilha das Flechas, tidak jauh dari pantai Brazil.

Selepas hampir dua minggu di pulau itu tanpa sebarang makanan, mereka menemui satu botol dan memutuskan untuk menyelit sekeping nota di dalamnya pada 9 April.

Nota itu berbunyi: "Tolong, tolong! Kami memerlukan bantuan, kapal kami terbakar, kami telah berada di Pulau Ilha das Flechas selama 13 hari tanpa makanan, tolong maklumkan kepada keluarga kami."

Mereka turut menyertakan nama dan nombor telefon orang tersayang masing-masing bersama nota itu.

Seorang nelayan tempatan akhirnya menemui nota itu dan membawanya kepada Tentera Laut Brazil.

Kumpulan kelasi itu akhirnya diselamatkan empat hari kemudian iaitu pada 13 April.

Mereka kemudiannya dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Doktor mengesahkan mereka berada dalam keadaan sihat, dan hanya mengalami dehidrasi. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain