suria

Kucing dalam guni! Haiwan peliharan dijangkiti Covid-19 akan dilupuskan, pemilik perlu kuarantin

Kucing peliharaan yang positif ditangkap untuk dilupus.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Demikian gambaran terhadap tindakan kerajaan China yang nekad menangkap dan memasukkan kucing dijangkiti Covid-19 ke dalam karung guni untuk dilupuskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan mayat di sebelah pesakit, jangkitan Covid-19 di Hong Kong membimbangkan

Perbuatan itu didedahkan seorang pelayar Twitter @EnesFreedom yang memuat naik video beserta kapsyen 'lockdown di Shanghai melibatkan 26 juta rakyat... ada yang bunuh diri melalui balkoni dan haiwan peliharaan yang diuji positif Covid-19 dikumpul untuk dibunuh serta disembelih'.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa guni padat dipenuhi kucing yang dipercayai haiwan peliharaan kepada pesakit yang dilaporkan positif wabak.

Tangkap layar video terbabit.

Tangkap layar video terbabit.

Kesemuanya ditangkap dan dikumpulkan untuk dibunuh manakala pemiliknya perlu menjalani kuarantin bagi mengurangkan penularan jangkitan di beberapa daerah lockdown di China.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan di bawah polisi sifar Covid yang diamalkan di negera berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain