suria

Dua hari tanggung sakit bola plastik tersekat dalam dubur, lelaki warga emas dakwa nak rawat buasir

Bola plastik berjaya dikeluarkan selepas pembedahan yang berlangsung selama tujuh jam. Foto: Jam Press/Elsevier

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke jabatan kecemasan sebuah hospital baru-baru ini selepas sebiji bola plastik dari mesin pembersih permaidani tersangkut pada rektumnya.

Dianggarkan bola tersebut mempunyai diameter sekitar 7 sentimeter (cm) hingga 8 cm.

Lelaki berusia 51 tahun itu dikhabarkan telah memasukkan bola tersebut melalui duburnya dua hari sebelum itu, bagaimanapun terpaksa pergi ke hospital selepas mengalami kesakitan.

Pesakit mendakwa dia dan isterinya telah menggunakan bola itu untuk 'merawat buasir', tetapi doktor tidak dapat menemui sebarang bukti mengenai penyakit tersebut selepas membuat pemeriksaan.

Pesakit menambah, dia cuba mengeluarkan bola itu sendiri menggunakan pemutar skru dan sudu, tetapi dia berjaya.

Pakar bedah memutuskan untuk 'memotong' bola tersebut kepada tiga bahagian agar ia mudah dikeluarkan.

Pembedahan mengeluarkan bola plastik tersebut berjaya dilakukan selepas tujuh jam. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain