PEGUAM yang didapati mencucuk darahnya ke dalam makanan di beberapa pasaraya sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM2.8 juta (£500,000) pada 25 Ogos 2021, berkemungkinan terlepas hukuman kerana masalah mental. Leoaai Elghareeb, 37, didapati melakukan kesalahan berkenaan namun peguam belanya berhujah, dia tidak siuman pada masa dia melakukan perbuatan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Peguam bikin kecoh di 3 pasar raya, suntik darah sendiri dalam produk makana Susulan itu, Hakim Hammerton mengarahkan laporan disediakan oleh dua pakar psikiatri sebelum dia menjatuhkan hukuman. "Ini adalah penilaian berisiko kerana melibatkan kerugian kewangan yang besar disebabkan darah disuntik ke dalam bahan makanan," katanya. Rakaman CCTV yang dimainkan di mahkamah menunjukkan Elghareeb memasuki Sainsbury dengan memakai seluar pendek Nike dan baju-t. Dia berjalan ke bahagian makan dan kemudian menusuk picagari berisi darah. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI