SEORANG gadis Australia begitu taksub dengan Barbie sehingga sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman seperti karakter kartun popular tersebut. Berusia 21 tahun, gadis bernama Jessica itu sehingga kini sudahpun menghabiskan USD 70,000 (RM304,745) untuk melakukan pelbagai pembedahan kosmetik pada wajah dan tubuhnya. Lebih popular di media sosial sebagai Jessy Bunny, Jessica berkata bahawa transformasi tiga tahun telah menghasilkan 'tubuh idamannya'. Dia dilaporkan mula mengubah wajah dan tubuh badannya ketika berusia 18 tahun. Menurut laporan Yahoo News, Jessica telah menjalani tiga pembedahan membesarkan payudara, pembedahan hidung dan bibir. Ujarnya, dia tidak berhasrat untuk berhenti dan mahu melakukan lebih banyak transformasi selepas ini. Sungguhpun berbangga kerana memiliki tubuh badan dan wajah idaman, Jessica berkata keluarganya tidak 'merestui' perkara tersebut malah enggan menghubunginya. "Ini sangat menyedihkan kerana saya ingin berhubung terutamanya dengan abang saya dan datuk dan nenek saya. "Saya cuma tidak faham kenapa mereka berkelakuan begitu hanya kerana saya telah mengubah penampilan fizikal saya," kata gadis tersebut. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI