SEORANG lelaki mendedahkan tabiat peliknya iaitu mengamalkan pengambilan air kencing sendiri setiap hari untuk tujuan 'perubatan'. Menurut New York Post, lelaki bernama Harry Matadeen, 34, yang berasal dari England mendakwa pengambilan air kencing menjadikan wajahnya kelihatan 10 tahun lebih muda, selain digunakan sebagai 'ubat' kemurungan. Matadeen berkata dia mula meminum air kencingnya sendiri pada 2016 kerana 'terdesak' untuk menyembuhkan masalah mentalnya. Lelaki yang menetap di Hampshire itu berkata dia meminum sekurang-kurangnya 200 mililiter (ml) air kencingnya setiap hari. Tambahnya, 'terapi air kencing' itu membuatkannya lebih tenang. Tidak sekadar meminum air kencing, malah Matadeen menyapunya ke muka sebagai pelembap. Walaupun Matadeen cuba meyakinkan orang ramai kononnya air kencing bermanfaat untuk kesihatan, keluarganya sendiri tidak pernah menyokong idea 'menjijikkan' itu. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI