BEBERAPA penumpang cedera selepas pesawat Spicejet dalam penerbangan SG-945 dari Mumbai ke Durgapur pada Ahad bergegar teruk semasa mendarat. Insiden yang berlaku itu mengakibat penumpang terlibat mengalami kecederaan di kepala, tulang belakang, bahu, dahi dan muka. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi detik cemas pesawat dari Langkawi dilanda turbulence dahsyat, auto ingat mati selepas 40 minit ‘kaku’ di udara Menurut laporan agensinya, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) semua kru yang terlibat termasuk jurutera penyelenggaraan pesawat (AME) perlu bertanggungjawab ke atas Pusat Kawalan Penyelenggaraan pesawat Mumbai-Durgapur SpiceJet Boeing B737-800 kerana kemalangan tersebut. "Dua daripada 14 penumpang yang cedera kini berada di ICU (Unit Rawatan Rapi). Selain itu, sebagai langkah kawal selia, DGCA sedang menjalankan pemeriksaan pesawat Spicejet di seluruh negara. Radar pesawat SpiceJet. "Pada 1 Mei 2022, pesawat Spicejet B737-800 VT-SLH yang mengendalikan penerbangan SG-945 (Mumbai-Durgapur) mengalami gegaran teruk semasa turun. "Terdapat 195 penumpang di dalam pesawat itu, termasuk dua juruterbang dan empat anak kapal. Pesawat itu berlepas dari Mumbai pada kira-kira 5.13 petang dan dilaporkan mengalami gegaran teruk semasa mendarat berikutan faktor beban menegak berbeza daripada +2.64G dan - 1.36G," jelasnya. Beliau turut melaporkan bahawa, sistem autopilot telah dicabut selama dua minit dalam tempoh tersebut dan kapten menerbangkan pesawat secara manual. - India Times Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI