suria

Angkara ternakan ayam hilang, warga emas pukul isteri sehingga mati

Bunuh isteri sebelum campak ke dalam perigi.

BERANG dimarah kerana ayam peliharaan hilang, seorang lelaki sanggup memukul isterinya sehingga mati.

Mayat mangsa Yosina Selan, 60, kemudiannya dibuang ke dalam perigi sebelum dibakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Ibu bapa abai tanggungjawab... anak dipenuhi najis, kudis 'mereput' atas sofa

Ketua Polis Daerah Amanuban Selatan Inspektor Maks Tameno berkata, suspek Imanuel Nau yang berusia 63 tahun dipercayai melakukan jenayah tersebut di Dusun IV, Desa Bena, Daerah Amanuban Selatan.

"Kes pembunuhan itu berlaku pada Ahad (17 April), namun terbongkar pada Ahad setelah suspek disoal siasat," katanya.

Maks berkata, hasil soal siasat mendapati pelaku membunuh isterinya menggunakan kayu di kebun mereka pada sekitar pukul 7 pagi.

"Pelaku memukul kepala isterinya menggunakan kayu sebanyak tiga kali hingga menyebabkan isterinya maut di tempat kejadian.

"Kedua-duanya bertengkar sebelum itu bertengkar kerana mangsa tidak menerima tindakan suspek yang membiarkan tujuh ekor ayam dijaga saudara mereka sehingga tiga daripadanya hilang dan dimakan kucing," kata Max.

Apabila dia membunuh isterinya, mayat isterinya dibakar dan dimasukkan ke dalam perigi kering.

"Selepas melakukan pembunuhan itu, pelaku memaklumkan kepada keluarga mangsa keluar dari rumah dan pergi ke rumah ibu bapanya di Kampung Oehela, Daerah Batu Putih," kata Max. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain