suria

Saman Google! 2 wanita dakwa Fitbit punca tangan lecur

Dua wanita mengambil tindakan undang-undang ke atas Google.

DUA wanita nekad melancarkan saman ke atas Google susulan kecederaan melecur yang didakwa berpunca daripada jam tangan pintar Fitbit yang dikeluarkan.

Ia berikutan, syarikat terkemuka itu tidak memasukkan kecederaan melecur sebagai salah satu sebab dalam penarikan balik produk.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang penularan Covid-19, dine-in restoran tidak dibenarkan bermula 1 Mei

Pelanggan Jenny Houtchens dan Samantha Ramirez mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat induk Fitbit, Google untuk penarikan semula, kerana 'kecacatan' yang sama terdapat di semua jam tangan pintar.

Dalam tuntutan mahkamah itu, Houtchens mendakwa model Versa Litenya membakar pergelangan tangan anak perempuannya, manakala tangannya melecur disebabkan penggunaan jam tangan pintar Versa 2 Ramirez.

Terdahulu, Fitbit menarik balik 1.7 juta jam tangan pintar pada bulan Mac selepas berpuluh-puluh pengguna mengatakan tangan mereka dibakar oleh peranti pintar tersebut.

Bagaimanapun, kesan penggunaannya tidak termasuk dalam penarikan balik model yang berisiko. - Metro.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain