IBU dan bapa kepada seorang wanita kurang upaya yang mayatnya ditemui separuh bogel dan dipenuhi kudis beserta najis di ruang tamu didakwa atas kesalahan membunuh. Menurut Dr Ewell Dewitt Bickham III, kejadian yang menyayat hati itu adalah perkara paling mengerikan yang pernah dilihatnya sepanjang hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Bayi 14 minggu diberi makan kek keju sebelum digoncang sehingga mati, bapa dipenjara 14 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak tiga tahun hidap demensia, hanya mampu sebut 'uh oh' "Ia tidak wajar seolah-olah sedang menonton filem seram. "Ibu bapanya Sheila, 64, dan Clay Fletcher, 65, sepatutnya menjadi penjaga anak perempuan mereka, namun kedua-duanya didapati mengabaikan tanggungjawab selain tidak membawa mangsa berjumpa pakar sejak 20 tahun lalu," katanya ringkas. Ibu bapanya didakwa atas kesalahan membunuh. Beliau berkata demikian susulan penemuan mayat mangsa yang dikenali Lacey Fletcher berbau sangat busuk. Terdahulu, mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku yang dipanggil sindrom terkunci, menyebabkan dia tidak dapat menggerakkan ototnya. Mayatnya ditemui di rumah keluarganya di Louisiana, Amerika Syarikat pada bulan Januari dengan separa telanjang, bercantum pada sofa dan diselaputi serangga serta cecair badannya sendiri. Gambar-gambar ngeri menunjukkan perabot yang ditutupi najis dan Lacey berkemungkinan terkurung selama 12 tahun sehingga tubuhnya dipenuhi kudis kronik. - Metro.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI