suria

Teman wanita tiba-tiba hilang disyaki dibunuh pemain ragbi

Ware ditahan pada Jun 2021

MAYAT yang ditemui di Texas tahun lalu telah disahkan sebagai teman wanita bekas bintang NFL Kevin Ware yang hilang.

Institut Sains Forensik Harris County berkata, mayat yang ditemui di utara Harris County pada 10 Disember lalu disahkan sebagai Taylor Pomaski yang berusia 29 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Bayi 14 minggu diberi makan kek keju sebelum digoncang sehingga mati, bapa dipenjara 14 tahun

"Siasatan masih dilakukan dan penyiasat pembunuhan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," kata Timbalan Kanan Pejabat Sheriff Harris County Thomas Gilliland.

Pomaski kali terakhir dilihat sedang berpesta di rumah pada April tahun lalu sebelum dia tiba-tiba menghilangkan diri.

Teman lelakinya, bekas pemain ragbi Washington Ware, 41, telah disyaki membunuh Pomaski selepas dia ditangkap pada Jun atas tuduhan yang tidak berkaitan.

Ware telah dipenjarakan di Penjara Montgomery County, utara Houston, sejak itu.

Terdahulu, Ware dan Pomaski, yang telah berhubungan selama setahun dilaporkan bergaduh sebelum kehilangannya pada April tahun lalu. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain