suria

Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Isnin

Arab Saudi mengumumkan 1 Syawal jatuh pada Isnin. Foto: Saudi Gazette

KERAJAAN Arab Saudi telah menetapkan tarikh 2 Mei sebagai Hari Raya Aidilfitri untuk negara itu.

Penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada petang Sabtu di Arab Saudi.

Mahkamah Tinggi Arab Saudi pada Khamis lalu telah menetapkan 30 April 2022 sebagai tarikh melihat anak bulan Syawal di negara itu, menurut agensi akhbar rasmi Saudi (SPA).

Selain Arab Saudi, negara yang mengumumkan sambutan Syawal pada 2 Mei adalah Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Iraq, Kuwait, Bahrain, Palestin, Syria, Yaman, Lubnan, Mesir, Sudan dan Turki, kata Pusat Astronomi Antarabangsa di Twitter.

Sambutan Aidilfitri menyusuli berakhirnya Ramadan yang berlangsung selama 29 atau 30 hari berdasarkan penentuan cerapan anak bulan Syawal. - Al-Arabiya.net

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan