suria

Diserang anjing liar, kanak-kanak cedera di bahagian muka... bimbang dijangkiti rabies

Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak diserang anjing liar.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera selepas diserang anjing liar ketika berada di persisiran pantai Huntington di California.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian muka akibat digigit anjing berkenaan pada Khamis.

Kejadian itu menyebabkan, pegawai hidupan liar memburu anjing tersebut bagi mengelakkan kejadiaan seumpama itu berlaku.

Menurut Pegawai Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California Kapten Patrick Foy, semasa mencari haiwan yang melakukan serangan itu, pihak berkuasa telah menembak dua ekor anjing di pantai namun kedua-duanya berjaya melarikan diri.

"Bagaimanapun, salah seekornya ditemui mati di pantai pada pagi Jumaat dan sedang dibawa untuk ujian rabies. Namun ia bukanlah haiwan yang menyerang dan menggigit kanak-kanak terbabit," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya kemudian menjumpai seekor anjing liar yang cedera di bawah sebuah rumah treler berhampiran jeti.

"Anjing tersebut kemudian dibunuh. Ia dipercayai anjing liar yang membuat serangan tetapi perkara itu tidak dapat dipastikan sehingga mereka menguji bangkai untuk membandingkan DNAnya dengan luka gigitan pada kanak-kanak itu," katanya sambil menambah kedua-dua bangkai itu turut diuji untuk rabies. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan