suria

Tragedi Syawal! Ibu tertinggal di plaza tol ketika pergi tandas

Wanita tertinggal di plaza tol.

SEORANG wanita tertinggal di Plaza Tol Tangerang-Merak ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Palembang bersama keluarganya.

Ketiadaan Dewi Hariana yang berasal dari Kampung Kadu, Daerah Tangerang di Banten hanya disedari anak-anaknya selepas kenderaan yang dinaiki tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Lebih membimbangkan apabila, wanita tersebut juga tidak membawa telefon bimbitnya bagi membolehkan dia dihubungi.

Bercerita tentang kejadian tersebut, menantu wanita tersebut yang dikenali sebagai Umam berkata, ibu mertuanya tertinggal di plaza tol berkenaan selepas turun dari kenderaan untuk pergi ke tandas yang terletak di pinggir jalan tol arah Pelabuhan Merak.

"Ibu hilang pada jam 8 pagi dan sehingga kini belum ditemukan.

"Keadaan jalan raya agak sesak sedikit menyukarkan kami untuk bergerak semula ke lokasi terbabit walaupun baru sahaja meninggalkan plaza tol berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, anak kandungnya, Putri meminta orang ramai membantu mencari ibunya.

"Pakaian terakhir ibu adalah tudung biru, baju hitam dan berseluar jeans," jelasnya yang bimbang keadaan Dewi. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan