suria

Hasrat pulang beraya terbantut, lori bawa 15 pekerja terbalik... tiga cedera parah

Lori yang membawa 15 pekerja terbalik.

BREK yang gagal berfungsi mengakibatkan sebuah lori yang dinaiki 15 pekerja buruh terbalik ketika dalam perjalanan di Kampung Sehu, Daedah Maybrat di Papua Barat Indonesia.

Kemalangan yang berlaku pada pada puku 6.30 pagi itu mengakibatkan tiga daripada mangsa mengalami kecederaan parah.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, 7 cedera kereta bertembung pacuan empat roda di Sitiawan

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai berpusu-pusu balik kampung, trafik sesak di lebuh raya utama

Ketua Polis Maybrat, AKB Gleen Rooi Molle berkata, semasa kejadian, kesemua mangsa terlibat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Sorong bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

"Kejadian dipercayai berlaku disebabkan brek lori berkenaan gagal berfungsi.

"Disebabkan itu, pemandu tidak dapat mengawal kenderaan yang kemudiannya terjatuh di sebelah kanan jalan hingga terbalik," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, hasil siasatan mendapat lori tersebut dimiliki syarikat Bangun Kayu Irian. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain