suria

Kejam! Bayi 14 minggu diberi makan kek keju sebelum digoncang sehingga mati, bapa dipenjara 14 tahun

Suspek dihukum penjara 14 tahun.

SEORANG bayi perempuan yang baru berusia 14 minggu ditemukan maut dalam keadaan tulang di seluruh badan patah selain mengalami kecederaan otak.

Lebih mengejutkan apabila, mangsa turut diberi makan biskut krim kastard dan kek keju lemon sebelum ditinggalkan sendirian di rumah oleh bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan

Keadaan itu menyebabkan Eleanor Easey kekurangan zat makanan.

Ekoran itu, suspek Christopher Easey, 31, dipenjarakan selama 14 tahun.

Dia dipercayai telah menggoncang anak perempuannya sehingga mati.

Juri membebaskan bapa daripada pembunuhan tetapi sebaliknya mensabitkannya dengan pembunuhan dan pengabaian.

Manakala ibu bayi itu, Carly Easey, 36, dikenakan perintah komuniti selama 12 bulan selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan mengabaikan.

Ketika perbicaraan di mahkamah, pakar patologi mendakwa mangsa mengalami kecederaan otak yang teruk 'selaras dengan digoncang dengan ganas'.

Keputusan dijatuhkan Hakim Edward Murray selepas mengambil kira keputusan perubatan dan menyatakan suspek adalah orang yang menyebabkan semua kecederaan serius termasuk 31 kesan patah pada tulang rusuk dan lima lagi patah pada anggota badan. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain