PENUMPANG pesawat di Australia kini boleh melakukan perjalanan bersama haiwan peliharaan selepas pindaan undang-undang keselamatan penerbangan dilaksanakan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesediaan syarikat penerbangan terlibat. ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki terselamat jadi korban tanah runtuh... Berlindung selama 20 jam dalam peti ais Mengikut peraturan baharu yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam, penumpang telah dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan mereka bersama-sama semasa dalam perjalanan di bawah polisi 'pembawaan haiwan' yang baharu diperkenalkan. Difahamkan, haiwan peliharaan pada masa ini dikehendaki mendaftar masuk ke kawasan kargo pesawat, melainkan mereka mendapat bantuan atau anjing servis yang dibenarkan. Keputusan itu disambut baik masyarakat setempat menerusi undian yang dilakukan 9News. "71 peratus setuju untuk melakukan perjalanan bersama haiwan peliharaan masing-masing jika diberi peluang. "Selain itu ada juga yang beranggapan bahawa ia akan memudaratkan," lapor agensi tersebut. Untuk maklumat, membenarkan anjing dan kucing di dalam kabin sudah berleluasa di Eropah dan Amerika Syarikat. - 9News Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI