SEORANG lelaki yang membeli sebuah kabinet dapur menerusi eBay dikejutkan dengan penemuan wang tunai berjumlah hampir £130,000 (RM707,800) di dalamnya. Thomas Heller, 50, menemui sejumlah wang yang disimpan di dalam sampul surat yang ditinggalkan di salah satu kabinet yang dibelinya dengan harga keseluruhan £250 (RM1,361). Dia bagaimanapun menyedari tidak dapat menyimpan wang sebanyak itu di rumahnya di Bitterfield, Jerman. ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa lebih RM12 juta dalam but sebuah kereta Thomas sebelum ini berjaya mendapatkan harga murah untuk kabinet kayu yang dibelinya menerusi platform dalam talian, pada bulan ini. Kabinet terpakai yang dibelinya itu merupakan sebahagian daripada penjualan harta pusaka bagi pasangan warga emas di Halle. "Satu (sampul surat) dibuka dan banyak wang tunai €100 (RM459)," katanya kepada The Sun. Lelaki itu kemudian membawa sejumlah wang itu ke balai polis berhampiran di mana mereka menemui sampul surat kedua dengan lebih banyak wang. Polis kagum dengan kejujuran Thomas dan melancarkan siasatan untuk menjejaki pemilik sebenar kabinet dapur itu. Jurucakap Astrid Kuchta berkata: "Dua kotak wang itu tersembunyi di dalam perabot yang sukar dilihat." Penjual itu didedahkan sebagai cucu kepada pasangan warga emas itu yang memberitahu akhbar MDR bahawa dia tidak tahu mengenai wang berkenaan. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI