suria

Elak dihalau tuan rumah! Wanita nekad kahwini kucing kesayangan

Deborah kahwini kucingnya.

SEORANG wanita sanggup berkahwin dengan kucing selepas tuan rumah mengarahkannya membuang haiwan kesayangan tersebut.

Deborah Hodge, 49, berkata, tuan rumahnya tidak membenarkan haiwan peliharan dibawa masuk ke dalam premis dan dia pernah diminta menyerahkan tiga ekor haiwan peliharaan termasuk dua Husky kepada pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan ganjil di perairan Jepun, pengunjung terkejut lihat sotong gergasi masih hidup

Ekoran itu, ibu kepada dua cahaya mata bertindak nekad dengan mengahwini kucing berusia lima tahun yang dikenali sebagai India pada Selasa di sebuah taman di London.

"Saya tidak mahu kehilangan, jadi saya berkahwin dengan kucing.

"Tujuan saya adalah untuk bersama India dan tidak mampu berpisah dengannya. Dia sangat penting dalam hidup saya selepas anak-anak," katanya.

Terdahulu, dia menyatakan bahawa tuan rumahnya pernah mengugut untuk mengusirnya jika dia terus memelihara dua ekor anjing baka Husky yang bernama Siri dan Starshine.

Malah, dia juga pernah diarahkan membuang kucing bernama Jamal ketika berpindah ke rumah tersebut kira-kira lima tahun lalu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain