suria

Tragis! Pengantin perempuan mati ditembak bekas kekasih pada hari perkahwinan

Mangsa yang dikenali sebagai Kajal, meninggal dunia di tempat kejadian selepas peluru mengenai mata kirinya.

SEORANG pengantin perempuan mati selepas ditembak oleh seorang lelaki dipercayai bekas kekasihnya, sewaktu majlis perkahwinannya sedang berlangsung.

Kejadian tersebut berlaku di Mathura, Uttar Pradesh, India pada 29 April lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Kajal, meninggal dunia di tempat kejadian selepas peluru mengenai mata kirinya.

Menurut polis, tertuduh dan mangsa pernah menjalinkan hubungan cinta.

Motif kejadian adalah kerana tertuduh tidak dapat menerima hakikat wanita yang juga bekas kekasihnya itu berkahwin dengan lelaki lain.

Bapa pengantin mendakwa anak perempuannya masuk ke dalam rumah selepas upacara kalungan bunga apabila suspek yang dikenali sebagai Aneesh, menembak mati mangsa.

Selepas melepaskan tembakan, tertuduh berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dan polis telah melancarkan operasi untuk memburunya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain