suria

Padah tawar 'seks untuk disewa', lelaki usia 53 tahun jadi orang pertama dipenjara

Christopher Cox sasar wanita muda gelandangan.

PADAH meminta habuan sex daripada penyewa wanita, tuan rumah berusia 53 tahun menjadi orang pertama di England dan Wales yang dipenjarakan atas kesalahan 'seks untuk disewa'.

Christopher Cox didakwa atas kesalahan itu selepas meminta seorang wanita gelandangan tidur dengannya sebagai balasan untuk bilik sewa yang disediakan di rumahnya.

Malah dia dikatakan menyasarkan wanita muda di sekitar Craigslist untuk tinggal bersama di rumahnya di Cranleigh, Surrey, pada 2018.

Difahamkan, bagi mendapatkan mangsa, dia membuat iklan 'jika anda seorang gadis muda yang terperangkap di rumah dan ingin melarikan diri atau mungkin anda gelandangan yang mahu keluar daripada masalah... saya ada sediakan bilik'.

Namun, selepas mangsa menerima tawaran tersebut, mereka akan disuruh memakai bikini di sekeliling rumah selain perlu membersih serta memasak untuknya sebagai pertukaran untuk tempat tinggal yang disediakan.

Bagaimanapun, kegiatannya itu kemudian dibongkar oleh dua wartawan wanita dari The Kyle Files ITV yang menyamar sebagai gelandangan. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain