suria

Guru tunjuk kemaluan, onani di tempat awam berkali-kali terima padah

Guru itu menunjukkan alat sulit di hadapan seorang wanita di taman. foto Anita Maric/ SWNS

SEORANG guru sukan ditangkap kerana menunjukkan alat sulitnya kepada beberapa wanita di sebuah taman di United Kingdom.

Lelaki berkenaan, Jason Ledgister, yang pernah berkhidmat di GB Taekwondo, kini dilarang mengajar seumur hidup selepas didapati bersalah atas kelakuannya.

Dia menayangkan kemaluannya kepada lebih seorang orang awam, malah memaksa mangsa supaya melihatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru berdepan penjara 41 tahun, atas pelbagai tuduhan termasuk beri pelajar kek cawan dicampur air mani suami

Dia pertama kali melakukan perkara itu dari keretanya pada November 2013 terhadap serang wanita yang sedang berdiri di sebuah hentian bas.

Ledgister meletak jawatan dari sekolah itu pada 20 Jun 2017 sebelum didakwa melakukan aksi sama kepada mangsa kedua, hanya tujuh hari kemudian.

Dia kemudian mula bekerja di GB Taekwondo tetapi bekerja dengan sebuah agensi sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Birmingham, pada Mei 2018.

Ketika itu, Ledgister sekali lagi didapati melakukan onani dekat sebuah jambatan di West Smethwick Park pada siang hari.

Selepas ditahan, Ledgister tidak mendedahkan kerjayanya sebagai guru, namun sebaliknya memberitahu polis bahawa dia bekerja sebagai buruh.

Walaupun didapati tidak bersalah di mahkamah atas kelakuan yang tidak senonoh, Agensi Peraturan Mengajar mendapati semua dakwaan itu terbukti susulan perbicaraan pada 13 April lalu.

Pengerusi panel, Emma Moir mengenakan larangan kepada Ledgister daripada mengajar selepas mendapati kelakuannya yang merosot dan tidak mencerminkan profesionnya sebagai guru, boleh menjatuhkan imej guru serta memberi persespsi tidak baik kepada orang ramai. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain