suria

Lelaki tahan malu... Kena ‘reject’ depan orang ramai selepas lamar teman wanita di restoran makanan segera

Kejadian memalukan di mana lamaran seorang lelaki ditolak teman wanitanya.

SEORANG lelaki tidak dapat menahan perasaan malu selepas lamarannya ditolak wanita idaman di hadapan khalayak ramai.

Kejadian memalukan itu berlaku di sebuah restoran makanan segera di Johannesburg, Afrika Selatan.

Rakaman video tersebut dikongsi di Twitter oleh seorang pengguna media sosial 'Madame_Fossette' dengan kapsyen: 'Menyaksikan situasi yang menyedihkan hari ini'

Dalam video itu, seorang wanita yang sedang membuat pesanan di kaunter kelihatan terkejut apabila teman lelakinya tiba-tiba mengeluarkan sebentuk cincin.

Wanita itu tergamam dan kemudian memarahi lelaki berkenaan, sebelum berpaling dan meneruskan pesanannya di kaunter.

Dia juga kelihatan sangat malu apabila pengunjung restoran itu berkumpul untuk menyaksikan lamaran tersebut.

Wanita itu kemudian berlalu pergi tanpa memberikan jawapan terhadap lamaran teman lelakinya.

Rakaman itu sehingga kini meraih lebih daripada 3.7 juta jumlah tontonan dan 66,000 suka (like). - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain