suria

Suasana sayu majlis pengebumian bertukar kecoh... ‘Mayat’ wanita ketuk keranda!

Rosa terus dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

SUASANA sayu majlis pengebumian seorang wanita di Peru bertukar menjadi kecoh selepas para hadirin dikejutkan dengan bunyi ketukan dari dalam keranda.

Keluarga Rosa Isabel Cespedes Callaca telah berkumpul di bandar Lambayeque untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada 26 April.

Rosa mengalami kecederaan yang parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kemalangan tersebut meragut nyawa abang iparnya, manakala anak saudaranya juga cedera parah.

Rosa kemudiannya telah disahkan 'mati' berikutan kemalangan ngeri itu, dan kemudian ditempatkan di dalam keranda sebelum disemadikan.

Apabila bunyi ketukan semakin kuat, saudara-mara mendiang membuka penutup keranda dan terkejut apabila mendapati wanita berkenaan memandang ke arah mereka.

Wanita itu segera dikejarkan ke sebuah hospital di Lambayeque.

Rosa yang 'nyawa-nyawa ikan' dipasang mesin sokongan hayat oleh para petugas perubatan.

Bagaimanapun dia gagal diselamatkan dan meninggal dunia beberapa jam kemudian. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain