suria

Objek pelik di tengah padang pasir, pengguna Google Maps dakwa temui roket tersorok di pedalaman China

Struktur seperti roket yang ditemui di sebuah tapak di Daerah Qiemo, Xinjiang.

PENGGUNA Google Maps mendakwa mereka menemui sebuah roket yang tersembunyi di luar bandar China.

Penemuan aneh itu, yang dikongsi di halaman Reddit menunjukkan struktur seperti roket di sebuah tapak di Daerah Qiemo, Xinjiang.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kenderaan berperisai... Pengguna Google Maps terkejut temui imej satelit pangkalan tentera Rusia

Mengikut koordinat tersebut, ia mendedahkan beberapa tapak serupa yang terletak di sebelah bangunan perindustrian berhampiran padang pasir Taklamakan yang luas.

Menjangkau 337,000 kilometer (km) persegi, ia adalah gurun pasir beralih kedua terbesar di dunia dengan bukit pasir mencapai setinggi 18 meter.

Berkongsi tangkap layar dan koordinat, seorang pengguna Reddit bertanya: "Adakah itu roket?"

Pengguna lain berkongsi artikel dari China Power mengenai pasukan peluru berpandu China, yang menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu briged Pasukan Roket di padang pasir.

Artikel itu juga menyatakan bahawa keupayaan peluru berpandu konvensional berasaskan darat China telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Pasukan Roket PLA, yang menyelenggara dan mengendalikan peluru berpandu konvensional dan nuklear berasaskan darat China, telah meletakkan beberapa sistem peluru berpandu baharu sejak beberapa tahun lalu," ujar artikel tersebut.

Namun, tidak semua orang yakin bahawa struktur itu benar-benar adalah tapak tentera China yang tersembunyi.

"Saya tidak fikir ia adalah roket. Tiada jalan yang cukup besar masuk dan keluar dari pad pelancaran," tulis seorang individu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain