MINAT yang tidak masuk akal. Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki Australia yang suka memakai lampin pakai buang dewasa. Minatnya itu turut menjadi punca dia dihalang berjumpa dengan anak-anaknya. Mahkamah Keluarga Australia mengeluarkan perintah menghalang lelaki itu berjumpa dengan anak-anaknya selepas kes tersebut difailkan oleh bekas isterinya pada tahun lepas. Menurut MailOnline, wanita itu risau dengan keselamatan anak-anaknya kerana minat pelik lelaki tersebut. Dakwanya lagi, lampin yang dipakai bekas suaminya separa terdedah ketika dia menjemput anak-anaknya dari rumah lelaki tersebut. Lelaki itu membuat rayuan kepada mahkamah, namun ia ditolak pada April lalu. "Saya mempunyai keraguan yang besar dan akhirnya tidak menerima bahawa bapa mempunyai kesanggupan atau kapasiti yang tulen untuk menolak terlibat dalam tingkah laku yang dipersoalkan dan dalam hubungannya dengan masyarakat," kata hakim Hilary Hannan. Lelaki itu mendakwa berlaku diskriminasi kerana dia merupakan ahli komuniti pencinta lampin pakai buang dewasa dan minat itu tiada kaitan dengan statusnya sebagai bapa. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI