suria

Panggilan lucah! Mekanik ditahan, polis terima 113 aduan dari 36 daerah

Polis di Kaushambi menahan Maurya di dalam hutan.

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai menganggu lebih seratus wanita memalui panggilan telefon.

Tertuduh dikenali sebagai Ravendra Kumar Maurya telah ditahan di kawasan hutan di Kaushambi, Uttar Pradesh pada Khamis.

Menurut polis, lelaki berusia 45 tahun yang bekerja sebagai mekanik pam air itu mempunyai sejumlah 113 kes gangguan yang difailkan terhadapnya oleh wanita dari 36 daerah di Uttar Pradesh.

Kes difailkan dari beberapa lokasi antaranya Unnao, Kanpur Nagar, Ambedkar Nagar, Pratapgarh, Prayagraj, Rae Bareli dan Kaushambi sebelum dia diisytiharkan sebagai 'penjenayah dikehendaki'.

Jumlah maksimum aduan terhadap tertuduh datang dari Lucknow, di mana 19 wanita mendakwa telah diganggu olehnya.

Menurut polis, Maurya pernah mendail nombor rawak dan jika sesetengah wanita atau gadis mengangkat panggilan itu, dia akan menggunakan bahasa lucah terhadap mereka.

Dia juga pernah membuat panggilan video dan juga merakam perbuatan peliknya.

Maurya menggunakan berbilang kad sim yang dibelinya dengan dokumen pengenalan diri palsu untuk mengganggu kesemua wanita terbabit. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain