suria

Virus hepatitis: 5 kanak-kanak maut, kes merebak ke 24 negeri

Lima kanak-kanak dilaporkan maut.

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyiasat 109 kes hepatitis teruk yang ditemui di kalangan kanak-kanak di 24 negeri dan Puerto Rico bermula Oktober tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan hidap penyakit unik miliki 2 faraj, wanita Alaska akhirnya selamat bersalin

Daripada jumlah kes dilaporkan, lima kanak-kanak yang memerlukan pemindahan hati disahkan meninggal dunia manakala kira-kira 90 peratus perlu mendapatkan rawatan segera di hospital dengan kebanyakan yang dijangkiti berusia kira-kira dua tahun.

Timbalan pengarah penyakit jangkitan CDC, Dr Jay Butler berkata, siasatan ke atas jangkitan itu sedang dijalankan dan agensi persekutuan itu sedang bekerjasama dengan jabatan kesihatan negeri bagi mengenal pasti puncanya.

Hampir 300 kes jangkitan itu ditemui di 20 negara dan ia diklasifikasikan sebagai virus selepas hepatitis A, B, C, D dan E yang biasa berlaku tidak ditemui dalam keputusan ujian makmal.

Adenovirus, yang boleh mencetuskan selesema biasa telah dikesan dalam lebih daripada 50 peratus kes.

Banyak kes baru-baru ini melibatkan simptom drastik seperti muntah, air kencing gelap dan jaundis, atau mata dan kulit menjadi kuning.

Bulan lalu, CDC memaklumkan doktor di AS tentang sembilan kes luar biasa hepatitis yang ditemui pada kanak-kanak yang tinggal di Alabama. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain