suria

Mahu tarik perhatian makhluk asing, saintis rancang hantar gambar bogel manusia ke angkasa lepas

Ia merupakan sebahagian daripada projek yang dipanggil "Beacon in the Galaxy" (BITG). Foto: Getty Images/Science Photo Library.

SAINTIS Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) akan melancarkan lukisan bogel ke angkasa lepas untuk menarik perhatian makhluk asing.

Gambar tersebut bukanlah gambar grafik manusia berbogel tetapi lukisan lelaki berbogel dan wanita bersebelahan dengan gambaran DNA.

Lukisan lelaki dan wanita itu dihasilkan seolah-olah sedang melambai-lambai untuk kelihatan lebih menarik.

Para saintis NASA mendedahkan imej itu dalam kajian yang merupakan sebahagian daripada projek yang dipanggil "Beacon in the Galaxy" (BITG).

Matlamat utama projek BITG adalah untuk menghantar mesej kepada mana-mana tamadun asing yang mungkin ada di luar sana.

Para saintis berpendapat ilustrasi piksel lelaki dan wanita berbogel melambai boleh membantu kita untuk membuat hubungan dengan makhluk luar angkasa. - NY Post.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain