suria

Pelancong wanita dari Rusia buat hal di Bali, anggap gambar bogel atas pokok keramat sebagai karya seni

Seorang pelancong dikecam kerana merakam gambar bogel di atas pokok keramat di Bali atas alasan seni. (Gambar Hiasan Instagram @alina_yogi)

KISAH pelancong asing yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat tempatan bukanlah isu baharu.

Kali ini, seorang wanita Rusia dikenali sebagai AF, 28, dikecam kerana merakam gambar bogel di atas pokok keramat di Bali, Indonesia atas alasan seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih buat hal lagi, kali ini menari sambil bogel di puncak gunung

Video korang sopan melibatkan wanita itu turut tular dan mengundang kritikan kerana dilakukan di kawasan keramat penduduk tempatan.

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Kakanwil Kemenkumham) Jamaruli Manihuruk berkata, wanita itu bersama suaminya, dikenali sebagai AFL, 36, telah dua kali memasuki Bali iaitu pada 2020, dan pada November 2021.

Kunjungan kedua mereka adalah untuk bercuti dan pada masa yang sama mencari pelaburan dalam dunia fesyen dan alat muzik.

Dia dan suaminya merupakan pelabur di PT. Art Planet Evolution di Ubud, Gianyar Bali, yang terlibat dalam pakaian dan alat muzik.

Jamaruli berkata, pihaknya telah melakukan siasatan ke atas AF berhubung video mengenai pokok kayu putih yang terletak di kawasan keramat Kuil Babakan, Desa Adat Bayan.

Menurut penjelasan AF, dia tidak tahu pokok itu termasuk dalam kawasan keramat.

Menurut AF lagi, tindakannya bergambar sambil bogel di atas pokok adalah satu karya seni. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain