DIKEMASKINI SERAMAI 16 cedera dalam insiden runtuhan papan gelongsor air berketinggian 10 meter di sebuah taman tema di Surabaya, Jawa Timur di Indonesia. Berdasarkan data petugas Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya, 16 mangsa di mana sebahagian besarnya adalah kanak-kanak. Ketua BPBD Kota Surabaya Ridwan Mubarun berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.30 petang Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Tidak dipasang tali keselamatan, remaja 14 tahun maut terjatuh dari tower fall setinggi 131 meter Katanya, hasil siasatan mendapati, kejadian bermula apabila sambungan papan gelongsor air yang digunakan itu tiba-tiba runtuh ketika pengunjung bermain di atasnya. "Kami percaya punca komponen gelongsor itu runtuh disebabkan oleh strukturnya sudah uzur. "Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo. "Lokasi tersebut ditutup serta-merta terutama kawasan taman air bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan," katanya. - Kompas.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI