PIHAK berkuasa kesihatan Hong Kong sedang menyiasat kes virus hepatitis E tikus yang menjangkiti seorang lelaki berusia 55 tahun pada Jumaat. Ia berikutan, pesakit yang tinggal di Tai Po itu sedang menerima rawatan di Hospital Prince of Wales kerana mengalami gangguan pada fungsi hati. ARTIKEL BERKAITAN: 3 kanak-kanak maut akibat hepatitis akut misteri di Indonesia, apa punca dan cara pencegahannya? Bagaimanapun Pusat Perlindungan Kesihatan (CHP) mendedahkan lelaki yang diuji positif itu masih dalam keadaan stabil selain dilaporkan tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini. "Berdasarkan maklumat epidemiologi yang ada, punca dan laluan jangkitan tidak dapat ditentukan. Siasatan CHP sedang berjalan," kata jurucakap pusat itu. Pihak berkuasa kesihatan juga akan menjalankan langkah kawalan tikus dan tinjauan di kawasan itu. Cara sebenar penularan virus hepatitis E tikus kepada manusia masih tidak diketahui. CHP mengatakan kemungkinan laluan termasuk pengambilan makanan yang bersentuhan dengan tikus atau najisnya, serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Virus hepatitis E yang biasanya menyebabkan jangkitan manusia disebarkan terutamanya melalui laluan fecal-oral. - South China Morning Post Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI